-
PERMULAAN MELETOPZ ‘THE COPS
KUALA LUMPUR, 19 Ogos - Siapa sangka buah cempedak menjadi nangka! ! Pasukan Rapid Penang – juara bertahan dan juara kedua-dua edisi Prasarana Malaysia Football League (PMFL), membuat permulaan terburuk mungkin dalam mempertahankan kejuaraannya apabila tewas teruk 2 - 8 kepada pendatang baru, ‘The Cops’ pada perlawanan pembukaan di padang PERSADA PLUS pada Sabtu 17 Ogos) lepas.
Bermain tanpa penjaga gol utama mereka yang terpaksa menguruskan kenduri di kampung, mereka membenarkan pasukan yang mewakili angkatan Polis Bantuan Kumpulan Prasarana itu kenduri gol dengan membenarkan lapan gol termasuk empat di separuh masa pertama. Lebih mengecewakan lagi, Rapid Penang sebenarnya mendahului perlawanan dengan gol awal oleh penyerang berbisa mereka dan pemenang 'But Emas' musim lepas, Wan Mohd Asraf Wan Ali pada minit ke 11.
Namun, angkatan 'The Cops’ bangkit garang daripada kekecewaan itu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 22, hasil jaringan Megat Amirul Imran Zulkifly, yang melorongkan bola dengan sempurna ke bahagian kiri gawang gol Rapid Penang FC. Nyata, lebih pantas, lebih cergas dan lebih lincah untuk menguasai padang, pasukan bimbingan ASP Zulkafli Mohd Nazri menambah tiga lagi gol sebelum berakhir separuh masa pertama melalui jaringan - lob’ jarak jauh Muhammad Zulhilmi Hashim pada minit ke 27 dan Mohamad Azroy Mat Rifen pada minit ke 42, dan Mohamad Ruqaini Mohd Sahimi pada minit ke 45.
Ehsan dari petikan Cerita Warna.
Layari Portal Berita WARNA Prasarana, untuk cerita lebih lanjut.
Persada PLUS, Subang, 17 August 2019 17:00
| Venue/Day/Time | Match to modify | Match with conflict |
|---|

